Kursus i-Think dalam Talian

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
KURSUS i-THINK DALAM TALIAN
(PENGENALAN)
2014
 Klik untuk Login

Latar Belakang     Program i-THINK
Inisiatif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
Membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid
Memupuk & membangun modal insan berinovatif
Meningkatkan kemahiran berfikir murid
Melengkapkan generasi masa depan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)


SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
·         Pengurusan Maklumat Sekolah
·         Pengurusan Kemudahan Sekolah Pengurusan Takwim
·         Pengurusan Pentadbir Sistem
·         Pengurusan Staf
·         Pengurusan Murid
·         Pengurusan Sistem Rumah
·         Pengurusan Jadual Waktu
·         Pengurusan Asrama
·         Pengurusan Kehadiran
·         Pengurusan Kedatangan Murid
·         Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
·         Pengurusan Buku Teks
·         Pengurusan Disiplin
·         Pengurusan Kurikulum
·         Pengurusan Kandungan
·         Pengurusan Program Nilam
·         Pengurusan Peperiksaan
·         Pengurusan Kokurikulum
·         Pengurusan Laporan
·         Pengurusan Utiliti

·         Pengurusan e-Cuti


6 modul teras SPS di gunakan di semua sekolah

Maklumat sekolah, staf dan murid di pindahkan ke
pangkalan data EMIS, SMM, APDM dan SMG



UJIAN KOMPETENSI ICT KPM UNTUK SEMUA PENTADBIR DAN GURU SECARA DALAM TALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan
Ujian Kompetensi ICT secara dalam talian pada ketetapan berikut :

Tarikh / Masa : 27 September 2013 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada
2 Oktober 2013 jam 12.00 tengah malam dengan akses 24 jam di pautan :

http://ict-kpm.azurewebsites.net 
 (Hanya menggunakan kad pengenalan sebagai id )

3. Pengetua/Guru Besar diminta memaklumkan kepada semua guru dan para pentadbir sekolah
dan memantau status guru yang telah menjawab 
(selesai semua 30 soalan),
belum selesai menjawab (belum habis 30 soalan) dan belum mula menjawab ujian tersebut
(langsung tidak menjawab) di peringkat sekolah masing-masing berdasarkan modul laporan yang
disediakan dalam sistem yang sama.

4. Pentadbir dan guru-guru diminta tidak menunggu hingga saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang kesulitan.



Sekian harap maklum.





Peranan Guru Pendidikan Islam


Peranan Guru Agama Terhadap Murid

1. Menyedari bahawa mereka bagai role model
2. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah
3. Mendedahkan dan memahamkan murid kepada pelbagai bentuk ibadah wajib, kelebihan, ancaman, cara melaksanakan serta kaitan dengan kehidupan di dunia dan akhirat
4. Memotivasikan murid untuk melaksanakan amalan agama dalam
kehidupan seharian

Peranan Guru Agama Dalam Pengajaran & Pembelajaran (P & P)
1. Guru bukan sekadar pengajar tetapi dia juga pendidik
2. Guru perlu menguasai dasar pendidikan dan cara-cara
mengajar yang berkesan
3. Mementingkan konsep di dalam pengajaran
4. Sentiasa mengunakan pendekatan motivasi
5. Mengusai pengurusan bilik darjah

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DEFINISI
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.